Doa Orang Yang Cepat Dimakbulkan dan Tidak Dimakbulkan


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Doa Orang Yang Cepat Dimakbulkan

  • Doa mereka yang dizalimi
  • Doa orang tua dan kanak-kanak

  • Doa ibu bapa kepada anak-anaknya
  • Doa anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya
  • Doa orang yang soleh dan taqwa
  • Doa orang musafir ( musafir yang diharuskan )
  • Doa orang yang berpuasa ( waktu berbuka )
  • Doa orang sakit dan orang yang berada dalam kesusahan
  • Doa para Malaikat dan Rasul/Nabi
  • Doa raja atau pemerintah yang adil

Doa Orang Yang Tidak Dimakbulkan

  • Kamu mengaku mengenali Allah tetapi kamu tidak memenuhi hakNya ( mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangan )
  • Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda
  • Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan segala isi kandungannya
  • Kamu mengaku bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu patuh kepadanya
  • Kamu berdoa memohon dijauhkan daripada api neraka tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat
  • Kamu berdoa semoga dimasukkan ke dalam syurga tetapi kamu tidak berusaha untuknya
  • Kamu tahu bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak bersiap sedia untuknya
  • Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri
  • Kamu memakan rezeki dan nikmat Allah tetapi kamu tidak mahu mensyukurinya
  • Kamu mengebumikan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya
"Sesungguhnya kemungkinan salah satu perkara tersebut menjadi penyebab mengapa doa kamu tidak dimakbulkan"



 والسلام


4 comments:

  1. subhanallah~ thanks for sharing ms atika :)

    ReplyDelete
  2. semoga tergolong dalam doa yg dimakbulkan...

    ReplyDelete
  3. ada jugak saya dapat info. Moga boleh perbaiki diri agar doa dimakbulkan.
    doakan saya dapat 9A dlm pmr tau :)
    terima kasih share yee.

    ReplyDelete

Jom komen..Syukran (✿◠‿◠)